W! ReLated
All 'bout my W-day! preparation.
Thursday, July 08, 2010
One more day..
Thursday, June 17, 2010
Pending.
Friday, May 28, 2010
Cuti Lagi..

Sebelum memilih atau menempah kek perkahwinan, tanya diri terlebih dahulu ;
Berapa bajet?
Berapa ramai akan dijamu?
Mengetahui fakta tersebut kita akan tahu rupa kek yang sesuai dengan majlis dan poket. Bukan sekadar hendak menjadi ‘wedding of the year’ cuma tidak mahu membazir.
Faktor yang perlu diambil kira bila memilih kek kahwin.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian didalam memilih Kek perkahwinan iaitubentuk, saiz, warna, Rasa dan hiasan
Rekabentuk – Contoh-contoh kek perkahwinan boleh didapati dari majalah-majalah, buku atau website kek yang diminatii dan bersesuaian. Bawa atau pilih gambar untuk dibawa kepada pembuat kek bagi sebut harga dan pandangan. Jika ada rekabentuk sendiri, berbincang dan jelaskan kepada pereka kek yang bagaimana dikendaki.
Saiz - pemilihan saiz adalah bergantung kepada jumlah individu yang hendak dijamu.
Warna- Kebiasaanya warna kek mengikut warna tema sesebuah majlis, namun tidak menjadi kesalahan jika memilih warna yang kontras dari warna tema.
Rasa – Pastilah mahu kek yang sedap, jika tidak pasti sedap atau tidak boleh dapatkan pandangan rakan atau kenalan yang pernah menikmati kek di kedai pilihan atau boleh beli untuk cubaan.
- Ising – Ising adalah bahan luar yang membaluti kek. terdapat pelbagai jenis icing yang terdiri daripada Buttercream, Royal icing, Fondant dan Marzipan. Setiap ising mempunyai kelebihan dan kekuranganya jadi pemilihan hendaklah bersesuaian dengan majlis itu sendiri disamping itujenis-jenis ising ini turut mempengaruhi harga kek. Buttercream merupakan pilihan yang paling popular kerana harganya yang agak rendah manakala harga bagi fondant adalah lebih tinggi. Namun dikala ini ramai pasangan suka memilih kek fondant kerana rupanya yang lebih elegant dan dapat digubah dalam perbagai bentuk.
Friday, May 21, 2010
Berehat2 Hari Sabtu!

Friday, May 14, 2010
Nak jalan-jalan!
Sunday, May 09, 2010
Selamat Hari Ibu!

